Monday, February 26

DIARI GURU: Isolation Room / Bilik Pengasingan

Assalamualaikum semua :)

Ada tak di kalangan pembaca blog nia ni menggunakan kaedah isolation room ataupun bilik pengasingan untuk mendisiplinkan anak masing – masing?

Sebenarnya, dekat tadika nia dan guru – guru yang lain menggunakan kaedah isolation room apabila pelajar tiba – tiba mengamuk tak tentu pasal, menangis dan meraung tanpa henti dan situasi – situasi lain yang berkenaan.

Kami akan letak pelajar dalam satu bilik berasingan daripada pelajar – pelajar lain. Kalau boleh, tutupkan lampu sekali. Biar gelap dalam bilik tu. Jangan keluarkan pelajar terbabit selagi mereka belum bertenang dan boleh kawal emosi dia orang.

Tujuan kami letakkan pelajar dalam bilik pengasingan ni bukannya nak mendera mereka, jauh sekali untuk menakut – nakutkan dia orang semua. Sebaliknya nak beritahu mereka dan pelajar – pelajar yang lain bahawa mereka perlu kawal emosi masing – masing.

Nak menangis, boleh.
Nak meraung, boleh.
Nak mengamuk, boleh.

Tapi bila cikgu suruh bertenang, mereka perlu bertenang. Jangan selamanya nak menangis, meraung dan mengamuk bagai kat tadika.

Terangkan jugak dekat mereka kalau mereka buat macam tu, mereka akan mengganggu para pelajar lain yang berada di kelas.

Kebiasaannya nia dan cikgu – cikgu yang lain takkan guna kaedah bilik pengasingan selagi mana kita orang boleh pujuk dan kawal emosi pelajar. Tetapi kalau dah keterlaluan sangat, baru kami letak mereka dalam bilik tersebut.

Itupun tak lama.

Cukup sekadar lima minit sahaja.

Kalau pelajar masih lagi tak bertenang, panjangkan lagi masa untuk mereka berada di dalam bilik tersebut.

Dan paling penting, jangan bagi sesiapa masuk bilik berkenaan. Mainan pun tak boleh ada dalam bilik tu. Biar mereka tahu bahawa mereka berada dalam bilik tersebut kerana mereka sedang didenda.

Selalunya nia guna kaedah ni pada awal – awal tahun ataupun pada bulan Januari sahaja. Sebab masa tu pelajar masih lagi baru dan tak dapat nak sesuaikan diri dengan suasana persekolahan.

Bila mereka dah biasakan diri dengan suasana persekolahan, nia takde guna kaedah ini lagi. Sebab mereka tahu, kalau mereka tak kawal emosi sendiri nanti mereka akan didenda.

Arghhh, rindunya dengan kelas lama T.T


Kau orang semua guna kaedah apa untuk disiplinkan anak kat rumah ataupun tadika? Jom kongsikan dengan nia.


Belanja satu gambar dengan Annisa Qanitah

Monday, February 19

DRAMA: My Only Love Song

Assalamualaikum semua :)

Siapa kat sini yang nak tengok drama korea bergenre sejarah tetapi tak nak jalan cerita yang terlalu sarat dengan politik dan juga kisah percintaan hero heroin yang sering sahaja mendapat tentangan daripada pelbagai pihak?

Kalau ada, review drama korea yang nia tuliskan kali ni pasti akan menarik minat kau orang semua. Drama yang nia maksudkan ialah ‘My Only Love Song’.

*******

Song Su Jeong merupakan seorang pelakon wanita yang popular dan mendapat banyak tawaran untuk berlakon. Tetapi dia tidak disenangi ramai kerana karakternya yang suka mengeluarkan kata – kata berbisa dan suka memarahi orang lain sekiranya mereka ada melakukan kesilapan.

Apabila berita mengenai perkahwinan teman lelakinya bersama wanita lain tersebar, Song Su Jeong melarikan daripada pihak media. Tanpa disangka – sangka dia telah kembali ke zaman silam dan bertemu dengan On Dal; seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit.

*******

Walaupun drama ni bergenre sejarah tetapi jalan cerita yang dipamerkan sangat santai dan banyak babak mencuit hati penonton. Sesuai sangatlah untuk kau orang yang tengah mencari drama korea bergenre sejarah tapi tak terlalu banyak agenda politik.

Nia jadi minat nak tengok drama ni sebab kisah percintaan On Dal dan Puteri Pyeong Gang yang diketengahkan dalam cerita ni. Sebelum ni selalu dengar kisah On Dal dan Puteri Pyeong Gang tapi tak tahu secara dalam. Sekadar tahu permukaan je.

Bila dah tengok drama ni, baru tahu kenapa kisah percintaan antara On Dal dan Puteri Pyeong Gang ni sangat popular dekat Korea.

Watak yang paling nia suka dalam cerita ni ialah Ko Il Yong sebab karakter lawak gila. Seorang yang suka memuja diri sendiri dan sentiasa memperlihatkan keadaan diri dia dalam keadaan cantik sahaja.


Jumlah Episod: 20
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, February 16

RESEPI: Kuey Teow Goreng

Assalamualaikum semua :)

Lama dah rasanya nia takde kongsikan resepi baru kat sini. Kali ni, nia nak kongsikan resepi kuey teow goreng yang diturunkan oleh abah nia. Punya sedapnya kuey teow goreng ni sampaikan bertambah tiga pinggan pun tak sedar. HAHA

Jangan tak tahu. Abah nia ni sebenarnya memang handal bila disuruh memasak kat dapur. Cakap je nak suruh masak apa, mesti abah boleh masak. Masak kicap, sambal sardin, sambal tumis, nasi lemak, masak lemak cili api. Segalanya abah boleh buat.

Cuma abah malas nak menunjukkan kemahiran memasak abah tu je. Sebab kalau abah dah tunjuk kemahiran memasak dia, memang anak dara dia seorang ni goyang kaki jelah kat rumah. HAHA

Okey, balik kepada topik asal.

Bahan – bahan:
Satu bungkus kuey teow
5 bii bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 genggam ikan bilis (dikopek dan dibersihkan)
7 biji bebola ikan (dipotong bulat)


Cara memasak:
Rendam kuey teow dalam air biasa dan biarkan selama setengah jam. Kalau rendam dengan air panas, biarkan selama lima minit sahaja. Nanti jadi kembang sangat pulak. Bila dah kembang, toskan kuey teow.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan pula bebola ikan. Biarkan selama satu minit.
Masukkan pula kuey teow dan goreng bagi sebati dengan bahan – bahan tumisan tadi.

Dah siap!

Boleh dihidangkan dengan teh o panas dan juga telur dadar yang dipotong nipis. Perghhhh! Meleleh air liur dibuatnya.

Selamat mencuba semua :)



Monday, February 12

DIARI GURU: Ibubapa Buat Hal, Anak Yang Dapat Balasan!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi pengalaman nia berhadapan dengan seorang ibu kepada pelajar nia.

Ceritanya, ibu ni hantar pelajar tersebut lewat ke sekolah. Pukul sembilan lebih baru tiba di tadika. Walaupun sudah berkali – kali diingatkan kepada para ibubapa bahawa waktu terakhir pagar sekolah dibuka adalah pukul sembilan sebab proses pembelajaran dan pengajaran akan bermula pada waktu tersebut.

Tetapi masih ada juga yang mengambil sambil lewa peringatan pihak pengurusan kami itu. Tetap juga sampai ke tadika lambat dan tekan loceng – loceng beratus kali sehingga menggangu suasana pembelajaran di kelas. Dasar kepala batu dan pentingkan diri sendiri! Ingat cikgu tadika takde kerja lain ke selain daripada nak jemput anak dia masuk sekolah?

Ibu ini tadi pun tergolong dalam kategori kepala batu dan pentingkan diri sendiri juga. Sudahlah sampai lambat, dia marah pula nia yang bukakan pintu pagar untuk jemput anak dia masuk. Alasannya, sudah setengah jam dia menunggu di pagar dan memberikan salam tetapi langsung tidak ada orang yang buka pintu.

Padahal baru berapa minit je dia tunggu di luar tu. Ingat nia tak tahu dia sampai depan pagar pukul berapa agaknya. HUH! Nia memang dah nampak dia sampai depan tadika tapi saja tutupkan loceng dan biar dia tunggu kat luar. Dah melampau sangat ibu pelajar ni.

Selagi jam tak tunjuk pukul 9.30, selagi itulah batang hidung anaknya takkan kelihatan. Ada hari lain pula, pukul sepuluh baru nak datang. Mentang – mentang ini tadika swasta, ingat boleh datang sesuka hati ke?

Geram punya pasal, nia bidas kata – kata dia balik. ‘Kami dah maklumkan awal – awal dalam buku panduan ibu bapa bahawa pintu pagar takkan dibuka lagi selepas pukul sembilan sebab kelas sudah berjalan. Akak ada baca tak? Kalau ada yang datang pun, kami takkan layan sehingga pukul 9.40 nanti sebab waktu tu pelajar sedang rehat dan makan sarapan pagi. Jadi, waktu  tu baru cikgu boleh jemput anak akak masuk.

Oh, tak layan ea? Jadi kenapa sebelum ni boleh buka pagar pula?

Sebab itu minggu orientasi. Kami bagi peluang kat ibubapa sebab faham dengan perasaan anak – anak yang masih belum biasa bersekolah lagi.

Dia diam je tak balas apa – apa.

Nia bukannya tak boleh nak bertolak ansur. Boleh. Tapi kalau dah hari – hari datang lambat, mengganggu proses pengajaran kelas nia. Kalau anak masing – masing dapat sekolah, perangai okey takpe jugak. Ini semua datang sekolah, meraung menjerit bagai macam kena dera dengan mak tiri.

Stress teacher!

Masa makan tengah hari tu, anak kepada ibu tadi tu ambil makanan daripada teacher yang bertugas dan entah macam mana sup ayam yang masih panas tu tertumpah atas kaki dia. 

Apalagi, meraunglah dia.

Siapa yang tenangkan dia dan jirus kaki sampai hilang merah?

Teacher Nia yang kena marah dengan mak dia juga yang tenangkan dia.
Teacher Nia yang kena marah dengan mak dia ni jugak yang jirus kaki dia sampai hilang merah.

Ikutkan hati yang tengah geram, biarkan je kaki anak dia melecur. Padan muka! Tapi tak sampai pulak nak biarkan. Sebab nak buat hal, ibu dia. Anak dia bukannya ada salah apa pun.


Friday, February 9

DIARI GURU: Teacher Nia BBM Collection

[Dah ada baru :) TEKAN SINI]

Assalamualaikum semua :)

Nia nak cakap pendek je.

Disebabkan tahun ni nia jaga kelas pelajar - pelajar empat tahun, jadi nia banyak buat bahan bantu mengajar (BBM) sendiri. Semuanya sebab dia orang masih belum boleh menulis dengan kemas dan memegang pensil dengan betul lagi.

Dah alang - alang buat untuk pelajar - pelajar nia tu, nia bercadang untuk kongsikan semua BBM tu kat sini. Kot - kotlah, ada diantara kau orang pembaca setia blog nia ni merupakan para ibubapa yang nak mengajar anak sendiri kat rumah.

Takpun kau orang jugak guru tadika macam nia yang tengah mencari BBM yang sesuai untuk pelajar - pelajar kau orang semua.

Kau orang boleh tengok BBM tu kat link yang nia dah sediakan kat bawah ni siap - siap. Kalau ada yang kau orang berkenan, bolehlah download file tu terus. Sekiranya kau orang rasa BBM tu bermanfaat, silalah kongsikan dengan orang ramai yee. Biar pahala tu berjalan.

Tapi nia bagitahu siap - siap, BBM yang nia buat tu memang simple habis - habisan. Hitam putih je warnanya. Nak jimat ink punya pasal. HAHA.

Teacher Nia BBM Collection

Nota kaki: kalau kau orang tak nak klik link kat atas ni, tekan je perkataan 'Teacher Nia BBM Collection' yang ada kat sidebar blog nia. Segala BBM yang nia buat ada kat situ.


Sumber gambar: google.com

Monday, February 5

Q&A: Kenapa Kena Pakai Face Scrub?

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan dengan kau orang semua tentang tips penjagaan muka gaya nia sendiri. Kalau kau orang terlepas entry tu, jangan risau. Nia dah sertakan link entry tersebut kat bawah ni siap – siap untuk kau orang.


Selepas nia kongsikan tips penjagaan muka tu, ada yang bertanya dengan nia kenapa kita kena pakai face scrub? Kalau tak pakai tak boleh ke? Kalau pakai, apa hasilnya? Haa, jadi kali ni nia akan menjawab semua pertanyaan kau orang tu dalam entry ni.



Kenapa kena pakai face scrub?
Untuk menghilangkan sel – sel kulit mati di muka. Dengan hanya menggunakan pencuci muka sahaja, sel – sel kulit mati tak dapat dihilangkan. Kena guna face scrub, baru boleh hilang.

Kalau tak pakai face scrub, boleh tak?
Boleh, takde masalah.

Kalau pakai face scrub, apa hasilnya?
Pertamanya tentulah sel – sel kulit mati kat bahagian muka akan hilang. Kemudian, bila sel – sel mati kat bahagian muka dah hilang, kulit muka akan menjadi lebih lembut dan cerah.


Itu sahaja untuk sesi Q&A kali ini. Harap – harap nia dapat menjawab pertanyaan kau orang semua. Kalau kau orang ada apa – apa pertanyaan, kau orang boleh tinggalkan soalan kat bahagian komen.

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.