DARI HATI: Aduhai HD Korea!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak ceritakan satu pengalaman pahit ketika membuat urusan jual beli dengan salah seorang peniaga atas talian yang menjual drama korea. Ceritanya macam ni. Nia ada ternampak post kat Facebook tentang pembelian harddisk yang penuh terisi dengan drama korea. Jadi, nia pun ambil nombor telefon dia dan whatsapp untuk bertanyakan perihal harddisk tersebut.

Tanya punya tanya, nia pun membuat keputusan untuk membeli harddisk tu. Jadi nia pun tanya berapa harga termasuk kos penghantaran sebelum masukkan duit ke dalam akaun dia. Selepas masukkan duit, nia maklumkan dia dan dia cakap dia akan poskan barang selepas 5 hari bekerja.



Lepas dua tiga hari, dia whatsapp nia balik mengatakan yang dia akan pos barang pada hari Ahad dan dia bagi siap – siap tracking number untuk parcel nia. Nia okey je kalau dia orang nak pos barang tu lambat sekalipun, janji dia orang ada maklumkan kepada nia. Takdelah nia tertunggu – tunggu dan tertanya – tanya tentang status barang tu.

Disebabkan dia cakap nak pos barang hari Ahad, hari Isnin tu terus nia check dekat website poslaju untuk mengetahui barang tu dah sampai kat mana. Nia memang dah biasa beli barang secara atas talian, selalunya kalau dia orang pos barang pada hari sebelumnya tu pada keesokan harinya mesti dah sampai dekat Pusat Mel Nasional ataupun dekat pejabat poslaju berhampiran rumah nia.



Tapi kau orang tahu apa yang nia nampak?

No record found. Apa yang dimaksudkan dengan tiada rekod yang dijumpai tu? Maknanya dia masih belum poskan barang nia. Terus nia whatsapp dia untuk meminta kepastian samada betul ke tidak dia dah poskan barang nia tu. Kau orang tahu dia jawab apa? ‘Barang dah pos awak, insya Allah sampai.

Ya Allah, terus menyirap darah nia naik sampai ke kepala lepas baca balasan whatsapp dia tu. Pagi – pagi lagi dah buat dosa menipu orang lain. Memang nak kena makilah gayanya. Dia ingat nia ni baru pertama kali beli barang secara atas talian agaknya. Tak tahu prosedur poslaju apa semua bagai.



Malas nak marah – marah sebab nanti mood nia bertukar jadi ribut taufan dan takde hati nak mengajar. Jadi nia minta dengan dia tracking number untuk parcel yang dia kata dia poskan tu sebab tracking number yang dia bagi tu memang tak boleh jumpa rekod dia kat dalam website poslaju. Tapi harammmm dia tak bagi. Balas whatsapp pun tak.

Dalam hati nia dah berkata dah masa tu, ‘kalau dia menipu aku ni, memang nahas dia. Aku cari dia sampai ke lubang cacing.’ Bukan sikit – sikit duit yang nia keluarkan untuk beli barang dia, sekali dia buat macam ni pulak.



Petang tu, nia whatsapp dia balik untuk minta tracking number sekali lagi. Barulah dia balas whatsapp nia dan bagi tracking number yang nia minta tu sekali dengan screenshot website poslaju untuk membuktikan bahawa dia sudahpun poskan barang nia tu. Nia tengok balik tracking number tu sama dengan tracking number sebelum ni.

Kau orang tahu apa yang buat nia rasa geram?

Bila nia check dekat website track and trace poslaju, tertulis kat situ barang baru dihantar ke kaunter pengeposan pada pukul 2 lebih tadi. Maknanya dia baru pos hari Isnin tu selepas nia tanya perihal barang tu walaupun dia dah bagitahu nak poskan barang hari Ahad. Dua kali dah bohong dengan nia.

Kalau nia tak whatsapp dia untuk bertanyakan pasal parcel dah pos ke belum, agaknya sampai hari jumaat pun dia masih tak pos lagi. Sakit betul hati nia bila fikir – fikir balik tentang peristiwa tu. Itu baru cerita pertama.



Cerita keduanya bila nia dapat mesej daripada pihak poslaju yang mengatakan bahawa barang nia ada dalam simpanan dia orang sebab alamat yang ditulis pada borang poslaju tidak lengkap. Allahuakhbar, menyirap darah nia.

Terus nia whatsapp dia minta hantarkan gambar borang poslaju yang dia tulis dulu. Memang betul dia tulis alamat salah. Apalagi, terus je nia cakap dekat dia ‘kalau kena pergi ambil sendiri barang dekat pejabat poslaju, baik tak payah bayar postage. Merugikan saya je bayar postage tapi akhirnya kena pergi ambil sendiri barang dekat pejabat poslaju.

Kau orang tahu dia balas apa?

Ini kali pertama terjadi macam ni, maaf ye awak.’ Habis tu disebabkan sebelum ni tak pernah berlaku macam ni, dia boleh ambil ringan je ke? Boleh layan pelanggan dia dengan perangai endah tak endah? Boleh tipu customer dia pasal penghantaran barang? Bukannya sikit – sikit duit nia keluarkan untuk beli produk dia, beratus kot. Tapi dia layan macam tu pulak.



Ini cerita yang terakhir. Semasa urusan jual beli tu, nia tanya dia drama yang ada dalam harddisk tu pixel dia berapa. 360 ke 480 ke 720 ke 1080? Dia cakap semua drama tu 720 dengan 1080 pixel je. Tapi bila nia tengok balik drama – drama tu semua, ada yang 360, 480 ada, 720 ada, 1080 ada. Malahan yang lebih kecil daripada 360 pun ada jugak. Panas betul hati masa tu. Dah tiga dah dia bohong nia.

Kenapalah dia tak boleh nak terus – terang je cakap drama tu campur – campur pixel daripada 360 sampai 1080. Takdelah rasa tertipu. Nak menjual barang, kenalah bersikap jujur. Biarlah orang tak minat nak beli barang kita, janji kita melakukan urusniaga dengan etika yang betul.

Pesan nia dekat kau orang yang suka beli barang atas talian, kau orang kena sentiasa track barang kau orang ada kat mana. Kat poslaju ke, dalam perjalanan ke poslaju ke ataupun masih di awang – awangan. Masa buat urusan jual beli tu, tanya siap – siap postage bila supaya kau orang tak kena tipu. Biar banyak bertanya daripada kena tipu kemudian hari.

Lepas tu, pastikan kau orang periksa betul – betul produk yang nak dibeli tu. Jangan sampai tertipu. Kebanyakkan barang yang dijual ni selalunya indah khabar daripada rupa. Berhati – hati semasa membuat urusan jual beli secara atas talian


Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Ya Allah sabar je la... mujur la servis akak ngan Nia okay kalau tak tentu dh kena gak mcm ni dlm entry... hahahaha... anyway, bab seller online ni patutnya ckp je la betul2.. mcm sis dulu time sell online.. kalau sis boleh pos ari isnin sis ckp sis akan pos ari selasa.. haha.. bukannya apa sampai awal xpe tapi kalau smpai lewat mmg nahas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan sis? Kalau nak meniaga, buat dengan cara yang elok. jangan nak menipu apa semua. stress pelanggan dibuatnya

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)