12:00:00 AM 0

DRAMA: Fight For My Way

Assalamualaikum semua :)

Untuk review drama korea kali ini, nia akan kongsikan review tentang drama yang bertajuk ‘Fight For My Way’ lakonan Park Seo Joon dan juga Kim Ji Won.

Oh ya, kalau ada yang terlepas entry review drama korea yang nia buat sebelum ni, kau orang boleh tekan link yang telah nia sediakan kat bawah ni.


*******

Drama ini tentang Ko Dong Man seorang ahli taekwondo yang berhenti daripada menjadi atlit setelah kalah dalam perlawanan menentang Kim Tak Su. Setelah berhenti daripada menjadi atlit, Ko Dong Man bekerja sebagai seorang doktor penghapus tungau ataupun hama.


Ko Dong Man mempunyai tiga kawan yang rapat dengannya semenjak dari zaman sekolah iaitu Choi Ae Ra, Sul Hee dan juga Joo Man. Mereka sering meluangkan masa bersama – sama di Namil Bar yang terletak di atas bumbung rumah mereka berempat.

Choi Ae Ra bercita – cita untuk menjadi seorang juruhebah ataupun announcer sedari kecil lagi. Namun, dia tidak pernah pergi temuduga untuk jawatan tersebut kerana latar belakang pendidikannya yang tidak cukup kuat ditambah pula dengan pengalaman yang tidak mencukupi.


Sul Hee dan Joo Man pula merupakan pasangan kekasih yang bekerja dalam bangunan yang sama. Walaupun mereka merupakan sepasang kekasih yang romantik dan saling mengambil berat antara satu sama lain tetapi hubungan mereka menjadi retak apabila orang ketiga hadir di antara mereka dan sifat merahsiakan sesuatu menambahkan lagi luka dalam jiwa mereka

*******

Nia baru sahaja habis tengok drama ni hari tu. Meleleh air mata bila tengok babak Choi Ae Ra kena tipu dengan Park Moo Bin. Serius rasa nak hadiahkan dua das penumbuk padu dekat perut dengan dada dia. Biar dia rasa betapa kuatnya penangan tumbukan seorang wanita. Ecewahhh.


Nia juga rasa geram teramat sangat dengan pasangan kekasih Sul Hee – Joo Man. Geram gila dengan Joo Man yang melayan perempuan lain baik – baik dengan alasan perangai perempuan tu mengingatkan dia kepada Sul Hee ketika gadis itu masih muda.

Sul Hee pulak nia geram dengan dia sebab dia terlalu baik sangat. Pergi ke majlis bakal kakak ipar dia, bawak makanan minuman cenderahati apa semua tetapi langsung tidak dihargai. Kena kutuk, kena perli dengan keluarga Joo Man lagi adalah. Tapi itupun Sul Hee masih sanggup tunggu kat majlis tu untuk bersihkan sampah, cuci pinggan apa semua. Dah kenapa baik sangat ni, Sul Hee – ah?!

Tapi apa yang nia suka dengan drama ni adalah sifat tidak mudah putus asa yang ditunjukkan oleh Ko Dong Man dan Choi Ae Ra dalam mencapai cita – cita mereka walaupun gagal banyak kali.


Dan juga semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh mereka berempat. Serius cakap, mana nak cari kawan yang akan tinggal kat tempat yang sama dan sentiasa meluangkan masa untuk satu sama lain. Nia dengan kawan – kawan nia yang rapat pun tak macam tu tau.

HAHA, tiba – tiba emo.

Jumlah Episod: 16
Rating: 4.5 / 5

Sumber gambar: google.com
8:08:00 PM 4

MOVIE: Kingsman The Golden Circle

Assalamualaikum semua :)

Macam biasa, setiap kali nia tengok filem yang baru pasti nia akan kongsikan review dekat blog kan? Jadi kali ni, nia akan kongsikan review untuk filem Kingsman The Golden Circle. Untuk pengetahuan kau orang semua, filem Kingsman The Golden Circle adalah filem yang kedua. Yang pertama Kingsman... tak ingat tajuk dia. HAHA

*******

Eggsy ataupun dikenali sebagai agen Galahad dalam organisasi Kingsman telah diserang oleh Charlie sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Eggsy berjaya menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh Charlie dan juga daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tapi Charlie mempunyai rancangan lain ketika menyerang Eggsy iaitu mahu menggodam ke pangkalan data Kingsman dan mendapatkan alamat tempat tinggal setiap agen Kingsman serta pangkalan utama organisasi tersebut. Setelah berjaya mendapatkan maklumat – maklumat tersebut, peluru berpandu dilepaskan ke udara untuk memusnahkan tempat tinggal agen Kingsman dan juga markas utama organisasi Kingsman

Merlin dan Eggsy pergi ke Kentucky untuk mendapatkan bantuan dan di sana mereka dikejutkan dengan kehadiran bekas agen Galahad, Harry yang mereka sangka telah ditembak mati oleh Valentine.

*******

Untuk sesiapa yang pernah filem Kingsman pertama mesti dah tahu yang dia orang punya babak berlawan tu sangat pantas, menarik dan mengerikan. Ye, mengerikan. Ada yang badan terbelah, jari ataupun tangan putus, batang leher patah dan macam – macam lagilah. Kalau sesiapa yang tak boleh tengok aksi – aksi ganas cenggini, nia cadangkan supaya kau orang tutup mata masa dia orang berlawan tu.

The Golden Circle ni merupakan satu organisasi besar yang terlibat dalam penjualan dadah secara besar – besaran. Ketua The Golden Circle adalah Poppy Adams, seorang wanita yang mempunyai pendidikan tinggi tetapi psiko dan kejam. Nia tak lupa babak Poppy suruh agen baru dia untuk masukkan agen lama The Golden Circle dalam mincer machine. Erghhhh!

Nama – nama yang digunakan oleh agen Statesman juga sangat unik. Ginger Ale, Tequila, Champange dan juga Whiskey. Ye, nama – nama yang dia orang guna semuanya nama arak sebab Statesman menjalankan perniagaan arak untuk melindungi organisasi rahsia mereka. Sebagaimana agen Kingsman, nama – nama yang digunakan tu hanyalah nama samara sahaja. Bukannya nama betul dia orang. Dah nama pun organisasi rahsia, kan?

Satu yang nia minat dengan filem Kingsman ni sebab dia orang sangat mementingkan adab dan sopan – santun. Nak berpergi berlawan pun, siap berpakaian sut lengkap dengan tali leher, blazer dan kasut berkilat. Kebiasaan filem – filem lain, kalau nak pergi berlawan tu semua pakai pakaian ala kadar je. Setakat TShirt dengan jeans ataupun baju lusuh. Tapi Kingsman tak. Pakaian dia orang kemas je sampai rambut pun tersisir rapi.

Lepas tengok filem ni, terus nia jatuh hati dengan lagu Take Me Home, Country Roads by John Denver. Klik video kat bawah ni untuk dengar lagu tu.


Rating: 3 / 5
Sumber video: youtube.com
12:00:00 AM 0

RESEPI: Bontot Ayam Kimchi

Assalamualaikum semua :)

Kali ni nia akan kongsikan resepi bontot ayam kimchi dengan kau orang semua. Sebelum ni nia dah kongsikan resepi sandwich kimchi dan juga nasi goreng kimchi. Sekiranya kau orang terlepas entry tu, bolehlah klik link yang telah nia sediakan di bawah ni.


Kedua – dua resepi di atas ni sangat mudah untuk disediakan dan bahan – bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Hanya memerlukan dua bahan sahaja untuk setiap resepi tu. Sangat sesuai untuk orang yang tak suka berlama – lama di dapur macam nia. HAHA


Bahan – bahan:
10 bontot ayam
1 sudu teh garam
3 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halia (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (diketuk pecah – pecah)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu besar kimchi Hot & Spicy (dicincang halus)

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan bontot ayam yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
  • Apabila bontot ayam sudah empuk, angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian, gaulkan bontot ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Biarkan 2 minit.
  • Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau.
  • Setelah naik bau, masukkan kimchi yang telah dicincang halus dan masak sehingga naik bau.
  • Masukkan bontot ayam yang telah dikunyit tadi ke dalam kuali dan biarkan selama 1 minit. Tutup kuali.
  • Gaul ayam dan bahan – bahan yang tumis tadi sebelum menutup api.
  • Boleh dihidang dengan nasi panas dan sup kosong.

Haa, resepi kali ni banyak sikit bahan yang nia gunakan. Semua ni resepi eksperimen sebenarnya sebab hari tu ada beli kimchi banyak daripada agen kimchi Kak Lo iaitu Arina. Sebab tulah resepi yang nia kongsikan kebanyakkannya berkaitan dengan kimchi. HEHE. Lepas ni boleh nia cuba buat lempeng kimchi ataupun disebut juga sebagai kimchi pajeon.

Kimchi nak beli kat mana? Boleh terjah instagram KimchibyKakLo.
12:00:00 AM 0

SHOP: Eymasu World Craft

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia ada tempah Hijaiyyah dan Alphabet Pocket Felt daripada Eymasu World Craft. Nia tempah barang kraf ni sebab nak dijadikan Alat Bantuan Mengajar (ABM) sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi, takdelah budak – budak bosan. Asyik main dengan kad imbas semata je.


Kalau kau orang berminat nak tempah Hijaiyyah Pocket Felt ataupun Alphabet Pocket Felt, kau orang boleh hubungi Eymasu melalui Facebook. Oh ya, Eymasu bukan jual dua barang kraf itu sahaja tetapi banyak lagi.

Antaranya kraf tangan yang dijual oleh Eymasu ialah keychain, bantal, charm, pin tudung, pin shawl, banner, patung felt dan sebagainya. Apa yang menariknya kau orang boleh pilih sendiri design untuk bantal ataupun patung felt dan Eymasu akan buat mengikut design yang kau orang nak.

Jom singgah ke Eymasu World Craft, jom!


12:00:00 AM 2

MOVIE: IT

Assalamualaikum semua :)

Nia baru je lepas menonton filem ‘IT’ sebab hujung minggu hari tu adik ada balik rumah. Jadi, nia ambil kesempatan ni untuk ajak abah pergi tengok wayang. Abah kalau pergi sekali dengan adik baru semangat nak keluar rumah. Kalau tak abah rasa malas je nak pergi ke mana – mana. HEHE

*******

IT menceritakan kisah tujuh orang pelajar sekolah yang terlibat dalam kejadian yang membabitkan ‘Pennywise The Dancing Clown’. Mereka bertujuh sepakat untuk menyiasat kejadian misteri kehilangan kanak – kanak satu demi satu di Bandar Berry apabila mereka semua mendapat bayangan pelik seperti badut yang mengerikan, suara kanak – kanak, darah memancut keluar dari sinki, perempuan dalam gambar menjelma keluar dan sebagainya.


Pada mulanya, mereka semua keberatan untuk menyiasat tentang kejadian misteri itu kerana sering berhadapan dengan pengalaman ngeri dan perkara buruk. Namun apabila Billy berkeras mahu mencari bukti bahawa adiknya masih lagi hidup, mereka semua bersetuju untuk mengikut Billy dan menjalankan siasatan.

Hasil penyiasatan mereka mendapati kejadian misteri ini akan berlaku pada setiap 27 tahun sekali. Kadar kehilangan orang dewasa dan kanak – kanak akan meningkat dalam kadar yang sangat membahayakan pada tahun kejadian misteri ini berlaku lebih – lebih lagi kanak – kanak. Dan mereka bertujuh juga mendapati bahawa semua kejadian yang berlaku itu berhubung dengan sistem perparitan.

*******

Cerita ni sama je dengan cerita seram yang lain. Banyak babak terkejut dan saspens. Tiba – tiba je ada muka terjengul depan skrin. Siapa peminat cerita seram mesti dah biasa dengan babak macam ni, betul tak? Tapi babak seram untuk filem ni biasa – biasa je takdelah ekstrem sangat. Alaah, setakat jantung berdegup kencang untuk 30 saat tu apalah sangat kan? HAHA

Nia tertarik dengan karakter Billy sebab dia merupakan seorang budak yang gagap. Pertama kali nia jumpa watak utama yang gagap dalam filem apatah lagi filem – filem seram. Dan ini juga antara filem seram pertama yang kesemua watak utamanya adalah kanak – kanak. Selalunya mesti seorang dua je kanak – kanak dan selebihnya dewasa kan? Tapi cerita ni tak.

Nia nak tengok filem ni sebab dulu pensyarah nia ada cakap yang filem IT ni menyeramkan. Siapa peminat badut, kalau tengok filem mesti jadi fobia dengan badut. Tapi bila nia dah tengok filem ni, nia boleh cakap yang filem ni tak menakutkan sangat sampai boleh meninggalkan kesan trauma bila berselisih dengan badut kat mana – mana acara ataupun kat tepi – tepi jalan.

Abah tengah komen pasal wayang mula lambat, HAHA :D

Abah malas nak layan nia selfie, TSK TSK

Anyway, happy watching guys!
Rating: 3 / 5
12:00:00 AM 0

DARI HATI: Dugaan di Hari Raya

Assalamualaikum semua :)

Ini lagi satu cerita basi. HAHA

Di saat nia dan keluarga sedang bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal yang lepas, kami sekeluarga telah diuji dengan satu kejadian pecah masuk rumah yang terletak di Melaka.

Nia dapat tahu tentang kejadian pecah masuk rumah tu sebab nenek saudara nia beritahu semasa menziarahi rumah dia sewaktu malam raya ketiga. Nenek saudara bagitahu jiran nia nampak ada orang keluar masuk rumah tu sedangkan dia tahu kita orang semua tak duduk situ. Kita orang semua duduk kat KL.

Balik je daripada rumah nenek saudara nia tu, terus je pergi jenguk rumah. Tengok pintu dapur elok berkunci tapi pintu depan tak boleh nak buka. Baik daripada dalam mahupun daripada luar.

Abah pesan suruh periksa barang – barang yang hilang dan buat catatan. Jadi, nia dengan along pun periksa seluruh rumah. Manakala abah dengan adik pula pergi tanya jiran sebelah rumah kot – kot dia tahu apa – apa pasal pecah masuk rumah tu.

Sebab siling rumah nia pecah, jadi ada kemungkinan orang tu masuk melalui siling dan keluar melalui pintu depan rumah. Abah syak jiran rumah sebelah sebab siling rumah sebelah dengan rumah kita orang bersambung. Takde tembok di antara keduanya.

Barang – barang yang diambil adalah TV LCD, radio, MP3 player, tong gas dua, barang – barang pertukangan satu kotak dan juga blender.

Ada tak sesiapa di kalangan kau orang semua merupakan tukang buat rumah ataupun kau orang kenal sesiapa yang buat rumah? Nia perlukan khidmat tukang buat rumah untuk baiki siling dan gantikan rumah daripada kayu kepada batu.


Kalau ada sila hubungi nia di talian -> 013 – 300 3786 / 018 – 716 1796

Belanja satu gambar hari raya, HEHE
9:40:00 PM 10

BLOG: SUPPORT ME!!! Contest

Assalamualaikum semua :)


Tarikh Giveaway:

15 / 9 / 2017 - 15 / 10 / 2017

Tarikh Pemenang Diumumkan:

20 / 10 / 2017 - 25 / 10 / 2017


Pertama kali nia menjejakkan kaki ke blog Pokucu ni, nia jadi tertarik dengan template yang digunakan sebab nampak kemas dan tersusun. Siap dengan border dan juga scroll box. Bila tengok designer blog, rupa - rupanya Sis Hawa. Patutlah nampak cantik je. HAHA.

Nia ada baca beberapa entry yang Pokucu tulis dan nia nak komen satu je. Tolonglah jangan post entry berkaitan dengan makanan lagi, Pokucu oiiii! Seksa nia nak menahan tekak daripada mengidam makanan - makanan tu semua. TSK TSK. HAHA
9:29:00 PM 4

BLOG: Happy Giveaway by Mrs Pip

9:00:00 PM 2

DARI HATI: Kebakaran Di Tahfiz Ittifaqiyah

Assalamualaikum semua :)

Beberapa hari yang lalu, kita semua telah digemparkan dengan satu berita yang sangat menyayat hati tentang kebakaran yang berlaku di Tahfiz Ittifaqiyah. Kejadian tersebut berlaku pada waktu subuh di asrama lelaki milik Tahfiz Ittifaqiyah.


Sewaktu nia dalam perjalanan ke tadika, nia ada ternampak asap hitam yang tebal berkepul – kepul di udara. Nia sangkakan ada kebakaran di kawasan perumahan tadika tu tapi takde pulak nampak orang ramai berkumpul ataupun siren kereta bomba. Ingatkan orang bakar sampah ke apa. Sebab kawasan situ memang selalu juga orang bakar sampah secara terbuka walaupun larangan sudah dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Pada pukul sepuluh pagi macam tu, tiba – tiba banyak orang bercakap dan bercerita tentang kejadian yang telah menimpa pelajar – pelajar serta warden Tahfiz Ittifaqiyah di Facebook dan Instagram. Jadi nia pun bacalah berita tu dan daripada situ baru nia dapat tahu tentang kebakaran yang telah meragut nyawa 24 orang pelajar dan warden asrama.

Innalillahi wainna ilaihiraji’un.


Takziah diucapkan kepada seluruh kaum keluarga mangsa dan juga pihak Tahfiz Ittifaqiyah yang terlibat dalam kejadian ini. Diminta agar kaum keluarga mangsa nahas kebakaran dapat tabahkan jiwa untuk menghadapi dugaan hebat ini. Jangan bersendirian dan terlalu memikirkan tentang mereka yang telah pergi. Nanti diri sendiri jugak yang akan merana.

Untuk masyarakat yang terlalu prihatin, sudah – sudahlah tu kongsikan video kebakaran yang terjadi di Tahfiz Ittifaqiyah tersebut. Sudah – sudahlah disebarkan gambar para pelajar dan guru yang rentung itu.

Takde rasa bersalah ke dengan kaum keluarga yang tengah bersedih?
Tak terfikir ke ada ibu yang pengsan beberapa kali bila tengok video tu?
Takde terbayang ke kehancuran hati ayah bila dengar laungan anaknya meminta tolong?
Tak pernah terlintas ke keluluhan jiwa adik – beradik lain bila melihat gambar abang atau adiknya yang rentung dalam kebakaran itu?

Tolonglah. Jangan dikongsikan lagi benda – benda itu semua. Jagalah hati dan perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat. Berbelas kasihan dengan kesedihan yang sedang ditanggung mereka semua.

Untuk masyarakat yang terlebih bijaksana, jagalah bahasa apabila berbicara. Jangan semudah itu meluahkan apa yang hati rasa dan akal fikirkan. Jangan pula suka – suka menudingkan jari kepada pihak lain. Walaupun apa yang dilontarkan itu memang betul tetapi kalau caranya salah, pasti banyak jiwa yang tercalar.

Kita tak tahu apa masalah yang timbul dalam institusi pendidikan tersebut, jadi jangan pandai – pandai nak memberikan cadangan. Punca kebakaran itu berlaku pun kita tak pasti, jadi jangan pandai – pandai nak menyalahkan orang lain. Seeloknya, kita hanya berdiam diri daripada menulis sesuatu yang akan melukakan hati banyak pihak. Diam itukan jauh lebih baik daripada berbicara yang tidak enak?

Sehingga ke hari ini, pelbagai media sosial, media cetak dan media massa sentiasa melaporkan kepada rakyat Malaysia tentang kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiyah yang telah meragut nyawa 22 orang pelajar beserta 2 orang warden asrama lelaki terbabit.



Al – fatihah untuk mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah.


Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 2

RESEPI: Nasi Goreng Kimchi

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia ada kongsikan resepi sandwich kimchi yang sangat mudah untuk disediakan dan cukup ringkas. Resepi yang paling sesuai untuk orang bujang yang sentiasa rasa liat nak masuk dapur dan memasak. Kalau ada yang terlepas entry tu, sila klik yang telah nia sediakan di bawah ini.


Kali ni, nia akan kongsikan resepi nasi goreng kimchi pulak. Maap ler, memandang nia ni merupakan hantu kimchi jadi nia akan kongsikan resepi – resepi yang berkaitan dengan kimchi dulu. Lagipun resepi ni dah lama duduk dalam draft tapi tak pernah publish pun sebab entry tak siap. HAHA



Bahan – bahan:
1 mangkuk kecil nasi
3 sudu besar kimchi Sweet & Spicy (dicincang halus)

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan kimchi yang sudah dicincang halus.
Apabila sudah naik bau, masukkan nasi dan gaul rata.
Boleh dihidang bersama ulam – ulaman seperti timun, kacang botol, pegaga dan sebagainya.

Haa, mudah je kan resepi ni? Ada yang tanya, kenapa takde pakai bawang putih, bawang merah mahupun ikan bilis ataupun udang kering sebagai perasa? Jawapannya, kimchi tu sendiri dah ada macam – macam perasa. Kalau goreng nasi begitu pun masih terasa sedap. Tapi terpulang kepada kau orang semua. Lain orang, lain cara masakannya.


Mana nak beli kimchi? Boleh terjah Instagram KimchibyKakLo
12:00:00 AM 0

TIPS: Tempat Untuk Membuat Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum semua :)

Pada bulan Ogos yang lalu, nia telah membuatkan pelbagai carian untuk mencari satu tempat ataupun restoran yang sesuai untuk membuat sambutan hari lahir adik nia. Cari punya cari, nia jumpa dua tempat yang nia rasakan sesuai untuk membuat majlis sambutan hari lahir adik sebab menu dia ada masakan kampung dan juga harga yang ditawarkan berpatutan.

1 – Flora Café

Nia tertarik dengan menu yang disediakan oleh mereka sebab dia orang bukan sahaja tertumpu kepada makanan barat tetapi juga makanan kampung. Sesuailah kalau buat kat sini sebab abah dengan nenek nia tak berapa gemar makan makanan barat.


Malangnya, pihak pengurusan mereka mengambil masa yang lama untuk membalas kiriman email yang nia hantar. Seminggu kemudian tu barulah nia dapat balasan daripada dia orang yang mengatakan dia orang dahpun memberitahu pengurus kafe tentang email nia tu.

Memang tak jadi buat kat sinilah gamaknya. Sebab nia cari benda ni semua last minute, dua hari sebelum hari lahir adik baru sibuk nak survey bagai. Bak abah, dah nak terkucil baru nak cari tandas. HAHA.


Tapi tempat ni banyak orang yang cadangkan untuk buat sambutan hari lahir, makan malam romantik, majlis reunion dan sebagainya. Menu dan harga adalah mengikut pakej yang ditawarkan oleh pihak kafe.

Jadi, kalau kau orang berminat bolehlah singgah ke laman web mereka iaitu Flora Café. Dan ingat, kena buat persediaan seminggu awal. Bukannya macam nia, dua tiga hari sebelum.

Website: Flora Kafe
Alamat: Lot G.08B-1, Ground Floor The Ampwalk Ampang,Selangor.
Tel : 03-2161 8010  / 03-2858 6090

2 – Chemistry Lab, Shah Alam

Nia berminat nak buat sambutan hari lahir adik kat sini sebab tertarik dengan dekorasi restoran tu yang penuh dengan perkakas makmal sains. Daripada tembikar sampailah ke meja batu ataupun kayu yang terdapat dalam makmal sains semasa sekolah menengah dulu.


Disebabkan teringin nak merasai semua tu, jadi nia pun ambil nombor telefon pengurus kafe daripada instagram mereka. Konon – konon nak feeling remaja belasan tahun lagilah, boleh main – main dengan peralatan makmal sains. HAHA.

Kali ni, respon yang diberikan cepat tapi langsung tak berkaitan. Nia whatsapp pengurus kafe tu minta quotation harga untuk majlis sambutan hari lahir, pakej yang dia orang tawarkan dan menu yang disediakan apa semualah.


Tapi pengurus kafe tu balas ‘hai’ semata je. Ingatkan dia tengah menulis ke apa, nia tunggulah jugak. Tapi harammmm! Ehhh, sakit pulak hati. Orang whatsapp tanya macam – macam, dia balas balik dengan sepatah ‘hai’ je? Cepuk tiga das baru tahu!

Nia bagitahu kat abah pasal benda ni. Lepas tu abah cakap, mungkin nia salah nombor ataupun nombor tu orang lain yang guna. Nia balas, kot ye pun salah nombor, bagitahulah balik. Cakap salah nombor ke apa. Ni tak, hai sepatah tu je dia bagi balik. Herggghhh!


Kesimpulannya, nia buat sambutan hari lahir adik kat rumah je. Sakit kepala melayan karenah orang membuatkan nia hilang mood nak sambut kat tempat lain. HAHA. Lain kalilah adik yee.

Instagram: Chemistry Lab Cafe
Telefon: Shah Alam (03-55239988) Wangsa Maju (03 4131 1097)

Sumber gambar: google.com