Tuesday, August 29

MOVIE: Cars 3

Assalamualaikum semua :)

Nia sudahpun selesai menonton cerita animasi Cars 3 tempoh hari bersama dengan abah dan juga adik. Woohoooooo! *tepuk tangan* Nia merupakan peminat cerita animasi Cars dan sebagai buktinya, nia telahpun menonton kesemua siri cerita animasi Cars daripada yang pertama hingga yang ketiga. HAHA

Okey, jom baca review tentang Cars 3.

*******

Kali ini, konflik yang dihadapi oleh Lightning McQueen adalah Jackson Storm. Jackson Storm merupakan kereta lumba daripada generasi baru dan segala – galanya tentang Storm adalah teknologi moden. Daripada reka bentuk kepada latihan yang dijalani sehingga ke teknologi enjinnya. Segala – galanya adalah baru dan moden.


McQueen mulai rasa terancam adalah pelumba – pelumba veteran menarik diri daripada perlawanan satu demi satu kerana mereka perlu memberikan ruang kepada pelumba baru untuk menyerlahkan bakat dan potensi masing – masing. McQueen tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sudah semakin tua dan tidak mampu lagi untuk berlumba apatah lagi mahu mengalahkan Storm. Semua orang menyuruhnya untuk bersara daripada sukan lumba kereta.

McQueen membuat perjanjian dengan penajanya untuk membiarkan dia menentukan bila dia mahu bersara sekirany dia berjaya mengalahkan Storm. Penajanya bersetuju dengan syarat McQueen mesti berlatih dengan bimbingan Cruze, pelatih kereta lumba generasi baharu.


Sewaktu latihan, McQueen pergi ke tempat kelahiran Doc ataupun Hudson Hornet yang merupakan mentor McQueen dalam sukan lumba kereta. Di situ, dia pelajari satu benda penting. Walaupun semangat Doc untuk terus menceburi sukan lumba kereta terpadam apabila dia dipaksa bersara bagi memberikan ruang kepada pelumba baharu. Namun, disebabkan pelumba baharu jugalah dia kembali menemui jiwanya yang hilang dahulu.

Tak faham? Kena tengok cerita ni sampai sudah, barulah kau orang boleh hadam apa sebenarnya yang seketul nia nak bagitahu. HAHA

*******

Seperti mana cerita – cerita Cars sebelum ni, cerita kali ini turut mempunyai jalan ceitanya yang tersendiri dan mampu untuk menarik minat penonton agar mata terus melekat di skrin panggung wayang. Tapi apa yang pasti, cerita kali ni lebih menyedihkan dan sangat menyentuh hati. Tambah – tambah bila McQueen ambil keputusan untuk bersara daripada sukan lumba kereta. Opss! Dah terbocorkan satu rahsia.


Walau bagaimanapun, kesudahan ceritanya sangat memuaskan hati nia sebab McQueen mengambil keputusan yang sama sepertimana Hudson Hornet ambil.

Jadi, silalah ke panggung wayang yang berhampiran untuk mengetahui nasib si merah yang perkasa, Lightning McQueen.

Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.