BLOGGER: Video Surprise Birthday Cik Epal.

Assalamualaikum semua :)

Baru - baru ni suami Cik Epal ada buat kejutan sempena sambutan hari lahir Cik Epal. Dia orang ada post teaser dan juga video penuh yang bertajuk 'Surprise Birthday Mama!' dekat instagram masing - masing. Malah, Cik Epal sendiri pun ada tulis mengenai kejutan yang dibuat oleh suaminya di blog dia.


Masa nia tengok video - videa teaser yang dia orang post tu, nia jadi tertarik hati dengan latar belakang muzik dia iaitu Stasiun Cinta. Catchy habis! Nia dok ulang tengok video teaser dengan video penuh Surprise Birthday Mama! tu bukannya sebab terpegun dengan baju Cik Epal ataupun kecomelan Han tetapi sebab nak dengar lagu Stasiun Cinta tu. HAHA.

Apa-apa pun, happy belated birthday Cik Epal. Semoga umur diberkati, dimurahkan rezeki dan semoga Han cepat - cepat dapat adik baru :)

Kau orang boleh klik video di bawah ni untuk tengok video penuh Surprise Birthday Mama!



Sumber video: Syahid Rushdan

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)