SHOP: Zaa Daa Delivery


Ada tak sesiapa dikalangan pembaca blog nia ni merupakan peminat makanan – makanan korea seperti kimbap, jajangmyeon, gaeran mari, dobokki, ramyeon, bulgogi, kimchi dan pajeon? Sekiranya ada, ini merupakan satu berita baik untuk kau orang semua.

Kau orang merupakan seorang peminat tegar makanan – makanan korea tetapi malas nak makan diluar ataupun takde restoran korea yang halal berdekatan dengan tempat kau orang? Jangan risau, Zaa Daa Delivery boleh hantarkan makanan – makanan korea kegemaran kau orang sehingga ke depan pintu rumah ataupun pejabat kau orang semua.

Baru – baru ni nia ada pesan Bulgogi Set, Jajangmyeon, Fried Ramyeon, Kimchi, Gaeran Mari dan juga tiga jenis Kimbap iaitu Virgin & Pure, Vegelicious dan Mix & Match dengan Zaa Daa Delivery. Kat bawah ni, nia akan berikan komen untuk satu – satu menu.

1 – Kimbap: Virgin & Pure, Vegelicious dan Mix & Match

Kalau kau orang tengok dekat gambar di bawah ni, kau orang boleh nampak betapa besarnya saiz gulungan kimbap tersebut.



Bila gulungannya besar, itu menandakan inti ataupun bahan – bahan yang diletakkan di dalam kimbap tersebut adalah banyak. Ini memang satu kelebihan kimbap daripada Zaa Daa Delivery. Isinya banyak. Rasanya? Rasanya sama sungguh – sungguh dengan kimbap yang dijual di Dubuyo, Gangnam Kimbap ataupun Sweetree.


Tak percaya dengan nia? Boleh cuba buat pesanan dengan Zaa Daa Delivery dan rasa sendiri kimbap mereka.

2 – Fried Ramyeon

Nampak tak kat tepi – tepi tu ada side dishes seperti kimchi dan juga salad? Ini memang menjadi satu bonus point bagi nia sebab nia ni memang jenis pemakan dan juga seorang perempuan yang sangat minat dengan kimchi.


Jadi, bila pesan makanan korea antara side dishes yang wajib ada adalah kimchi. Kimchi kalau takde boleh buat gaduh weyh. HAHA. Yang lain tu kalau takde pun takpe tapi kalau ada nia bedal aje.

Fried ramyeon ataupun ramyeon goreng dia takde rasa macam maggi. Itu paling penting bagi nia sebab sebelum ni kalau nia minta ramyeon mesti ada rasa maggi dan ada sekali tu memang dia guna maggi. Cehh, baik nia buat sendiri kat rumah. Murah pun murah, berkhasiat lagi tu. Dan lagi sekali, banyak isi. Ada sosej, ayam dan sayur – sayuran.

Terliur ke terliur?

3 – Kimchi

Sebagai salah seorang peminat kimchi dan sudah merasai beberapa jenis kimchi yang halal, nia boleh kategorikan kimchi yang dijual oleh Zaa Daa Delivery sebagai kimchi yang tersedap dan paling menepati selera nia.


Satu, rasa kimchi yang dijual oleh Zaa Daa Delivery sama dengan kimchi yang ada dekat restoran makanan korea seperti Dubuyo dan sebagainya. Rasa memang sama sebijik – sebijik, nia pun terkejut bila rasa kimchi dia.

Dua, kimchi dia tak pedas melampau. Sebelum ni nia ada beli kimchi yang dibuat oleh orang melayu sendiri dan pedas dia memang tak boleh tahan. Rasa kimchi yang biasa makan kat restoran makanan korea berubah terus.

Citarasa setiap orang memang berbeza – beza dan mungkin ada yang suka kimchi pedas melampau macam tu. Tapi nia tak boleh terima kimchi macam tu melainkan nia memang betul – betul teringin nak makan kimchi yang pedas.

So yeah, Zaa Daa’s kimchi is recommended.

4 – Gaeran Mari

Dalam bahasa melayunya ialah telur gulung. Nia tak boleh nak komen apa melainkan sedap, sedap dan sedap.


5 – Jajangmyeon

Jajangmyeon ni merupakan makanan korea yang baru pertama kali nia makan dan rasa. Kesimpulannya nia boleh katakan bahawa jajangmyeon dia sedap dan memuaskan hati. Nia nak komen lebih – lebih pun tak boleh sebab ini memang kali pertama merasa jajangmyeon.

6 – Bulgogi Set

Didatangkan sekali dengan nasi, daging yang sudah digoreng dan side dishes. Bila tengok daging tu, nampak macam masak kicap ye dak? Tapi takde rasa kicap langsung tau, rasa daging tu memang terasa seperti masakan korea.


Daging dia pulak lembut dan manis. Itu petanda daging yang digunakan adalah daging segar dan bukannya daging yang sudah lama disimpan di dalam peti sejuk.

Paling penting, bila makan Bulgogi Set ni rasa kenyang akan bertahan sampai tengah hari esoknya. Nia tak tipu ea, nia cakap betul – betul ni. Kenapa rasa kenyang tu lama sangat kau orang tanya? Sebab nasi dia banyak dan padat ditambah pula dengan side dishes yang pelbagai. Perghhh! Mana boleh tak kenyang, ye dak?


Ada yang terliur ke? Kalau ada yang terliur, terus hubungi Zaa Daa Delivery untuk membuat pesanan. Dan, Zaa Daa Delivery tengah buat promosi sempena bulan Ramadhan al – Mubarak ni. Kalau nak tahu promosi apa yang mereka buat, jangan lengah – lengah lagi dan terus hubungi Zaa Daa Delivery.

Zaa Daa Delivery: 019 - 552 4166


No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)