Running Man 354 updated // Dah join Giveaway by Nia Emkay ke belum? // Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al - Mubarak

Tuesday, June 13

DARI HATI: Shea Rasol Meninggal Dunia

Assalamualaikum semua :)

Pada hari Jumaat yang lepas, ada satu berita yang sangat memilukan hati para blogger. Shea Rasol yang sedang bertarung dengan penyakit kanser urachal telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi raji’un.

Takziah nia ucapkan kepada kaum keluarga Shea Rasol, sahabat handai, para pembaca blog My Amethyst dan juga peminat – peminat Shea dari dunia fesyen.


Nia tak pernah kenal Shea Rasol secara rapat malahan tak pernah sekalipun bertemu empat mata dengan beliau. Nia hanya mengenali Shea melalui penulisannya di blog dan juga melalui gambar – gambar yang dia siarkan di Instagram. Tulisan Shea yang terkahir nia baca adalah pengakuannya tentang penyakit yang sedang dia hidapi.
Shea ceritakan juga bagaimana perasaan dia apabila doktor mengesahkan bahawa dia menghidap kanser. Shea juga bagitahu macam mana dia bertarung dengan perasaan untuk menerima hakikat bahawa dia merupakan salah seorang daripada pesakit kanser. Melalui penulisan Shea tu, nia dapat rasa betapa kecewa dan sedihnya dia ketika mendapat tahu mengenai penyakitnya. Namun dalam pada masa yang sama, nia dapat rasakan yang Shea redha dengan rancangan ALLAH terhadap Shea.

Shea kuat, sungguh nia cakap. Dia tidak berhenti dengan fikiran positif dan menanamkan pelbagai aktiviti serta amalan positif untuk dilakukan sewaktu sakit. Senyuman memang tidak pernah lekang dari bibirnya. Walaupun seringkali letih dengan rawatan yang perlu dilakukan tetapi Shea tak pernah kongsikan di Instagram. Itu tandanya dia kuat.
Jujurnya, nia sangat meminati Shea Rasol kerana fesyen – fesyen baju dan tudungnya yang sangat menarik perhatian serta menutup aurat. Dan nia juga sangat tertarik dengan peribadi Shea yang sangat baik dan suka menolong orang lain.

Sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang yang post gambar beserta kata – kata terakhir untuk Shea. Semua yang mereka coretkan adalah berkaitan dengan peribadi Shea yang sangat baik dan sukar untuk diganti. Benarlah orang kata, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Al – fatihah buat Farah Syahirah bt Rasol.

Sumber gambar: Instagram Shea Rasol

1 comment:

  1. sangat tak sangke kan.. alfatihah untuk shea..

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

© Copyright Reserved to Nia Emkay l Designed by DayangDeno