BLOG: Sejarah Blog Nia Emkay


Assalamualaikum semua :)

Untuk pengetahuan kau orang, blog ini merupakan blog nia yang kedua. Blog yang pertama sudah selamat nia padam dan kuburkan sebab kononnya dah bosan dengan dunia penulisan maya ni. Tengok – tengok setahun dua lepas tu, buat balik blog dengan alasan nak mengasah kembali teknik penulisan nia yang semakin berkarat.

TSK TSK.

Disebabkan nia sudah ada pengalaman first – hand tentang mengendalikan blog, jadi proses membuat blog yang kedua ni tidak memakan masa yang banyak dan tidak lagi memeningkan kepala. Paling penting sekali, nia dah semakin matang dalam menamakan blog dan cara penulisan nia. HEHE. Masuk bakul angkat sendiri.

Jadi, mari sini nia ceritakan perbezaan antara blog pertama & blog kedua nia.

1 – Nama

Blog Pertama: Cerita Tentang Kita
Blog Kedua: Nia Emkay

Yup, my blog title is ‘Cerita Tentang Kita’ sebab masa nia buat blog tu nia tengah syok dengan seorang budak lelaki yang sekelas dengan nia. And as you can guess, entry blog tu penuh dengan coretan angau nia, dedikasi lagu, deklamasi sajak untuk si dia.

TSK TSK.


Blog yang kedua pula, nia letak gabungan nama ibu dan abah sebagai tajuk blog. Ye, Nia Emkay tu gabungan daripada nama ibu dan abah. Tak, Nia Emkay tu bukan nama sebenar nia. Itu cuma nama samaran yang nia gunakan di dunia penulisan maya ini saja. Tak tahu lagi ea?

2 – URL Blog

Blog Pertama: whenmyheartisbeating.blogspot.com
Blog Kedua: nia-emkay.blogspot.com

Selain bebas daripada cheesy element, URL blog nia yang kedua lebih mudah untuk diingati berbanding dengan URL blog nia yang pertama. See, that’s what I meant by matured. HEHE.


3 – Gaya Penulisan

Blog Pertama: Banyak bahasa alien dan trengkas yang langsung tak boleh difahami.
Blog Kedua: Penggunaan bahasa melayu dan inggeris. Takde bahasa alien dan trengkas.

Yang ni tak payah cakap, memang memalukan bangsa melayu betul. Aku jadi aq, kau jadi ko, thank you jadi 10q. Sakit mata membaca, sakit lagi fikiran untuk mencerna. Macam budak sekolah tak pandai mengeja je. Budak tadika yang baru belajar mengeja pun takde teruk macam tu.


Jadi untuk blog yang kedua ni, nia bertekad untuk mengubah gaya penulisan nia yang tak senonoh dan tak memalukan tu. And I can say that I’m proud with myself for doing such a great job so far. HAHA.


Sekarang kau orang dah tahu tentang sejarah blog nia, apakata kau orang kongsikan sejarah blog kau orang semua dengan nia pulak, okey? Give and take, baby.

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)