Running Man 362 updated // Tuan Tanah tengah sibuk dengan aktiviti Simulasi Cilik Haji

Sunday, May 21

TIPS: Minuman Protein Untuk Wanita

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni nia dalam proses untuk menurunkan berat badan sebab ramai sangat orang yang menegur kata badan nia naik macam dipam – pam. HAHA. Pandai betul dia orang buat lawak ea, ingat nia ni belon helium ke apa? HUH!

Jadi, dalam usaha untuk menurunkan berat badan, nia telah meninjau – ninjau kedai online di Facebook dan Instagram bagi mencari minuman protein yang sesuai untuk perempuan. Sebab selalu tengok lelaki je yang minum protein ni, perempuan jarang sangat yang minum. Kalau ada yang minum pun, badan dia orang semua sado – sado. Nia nak cari minuman protein tu sebagai makanan tambahan je, bukannya nak tambahkan otot ke apa.

Hari tu ada tanya adik, boleh ke perempuan minum protein yang lelaki minum. Lepas tu adik cakap, boleh tu boleh tapi ikut sebablah. Kalau nak naikkan otot, minum protein khas untuk naikkan otot. Kalau setakat minuman tambahan macam supplement tu, minum protein yang biasa dahlah. Kena tanya dengan orang yang jual tu, mesti dia tahu.

Tanya punya tanya, cari punya cari. Dia ada jumpa beberapa jenis minuman protein yang sesuai untuk diminum oleh kaum wanita. Dan, minuman protein ni semua sangat sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi mereka yang tengah berdiet.

1 – Sculpt by Horleys (Perisa Kopi)


2 – ESP by Shaklee (Perisa Vanila)


3 – Bioburn by Horleys (Perisa Epal, ada kafein)


4 – Cinch by Shaklee (Perisa Kopi, Vanila & Coklat)


5 – Ice Whey by Horleys (Perisa Coklat)



Nia harapkan entry ni dapat membantu kaum wanita diluar sana yang sedang mencari – cari minuman protein apa yang sesuai untuk diminum oleh mereka ketika sedang berdiet.

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

© Copyright Reserved to Nia Emkay l Designed by DayangDeno