12:00:00 AM 0

DIARI GURU: Pendidikan Seks Untuk Pelajar Tadika.

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni kecoh dalam dunia pendidikan apabila ada suara – suara mengeluarkan pendapat untuk menambah pendidikan seks sebagai salah satu subjek yang perlu diajar kepada pelajar – pelajar tadika. Jadi hari ni nia nak kongsikan pandangan nia tentang perkara ni dengan kau orang semua.

Perlu ke subjek pendidikan seks diajar kepada pelajar tadika?


Tak perlu!

Banyak lagi benda yang boleh dan juga perlu diajarkan kepada pelajar – pelajar tadika. Antaranya ialah mengeja perkataan, mengenal warna, membaca dengan intonasi yang betul, latihan motor skill, menulis perkataan jawi, menulis ayat – ayat pendek daripada Al – Quran, menghafaz surah – surah dalam juzuk Amma dan sebagainya.

Nia sebagai seorang guru tadika sendiri pun tidak dapat melihat kepentingan dan keperluan untuk mengajar anak – anak kecil ini subjek pendidikan seks. Belum masanya lagi untuk mereka yang digelar sebagai anak – anak syurga ini belajar subjek tersebut.

Buat apalah kita nak merosakkan fikiran mereka dengan subjek pendidikan seks ini sedangkan banyak lagi subjek yang boleh mereka pelajari. Contohnya, subjek bahasa lain seperti Korea, Jepun, Mandarin dan sebagainya. Sekurang – kurangnya subjek ini boleh mendatangkan manfaat kepada mereka semua pada masa akan datang nanti.


Tapi subjek pendidikan seks?

Hanya akan menyebabkan nafsu mereka membara dan asyik mahu melakukan perkara yang tidak senonoh sahaja nanti. Lepas tu bila jenayah rogol, liwat dan seks luar tabii’ berleluasa, semuanya saling tuding menunding tak mahu memikul tanggungjawab masing – masing. Haa, masa tu nak menyesal pun dah tak laku lagi dah.

Memanglah, objektif subjek ini diperkenalkan kepada kanak – kanak adalah mahu mereka mengetahui gangguan seksual, mengurangkan jenayah pedofil dan rogol serta memberitahu cara – cara untuk mengatasinya. Tapi kalau dah namanya kanak – kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun, apa yang mereka faham bukannya maksud dan cara untuk menangani benda tu semua tetapi lebih kepada bed technique ataupun intercourse.

Percayalah cakap nia.


Kalau sedari kecil mereka sudah didedahkan dengan benda – benda ni semua, tidak mustahil fikiran dan minda mereka hanya akan tertumpu terhadap benda – benda ini sehingga mereka dewasa kelak. Buat rosak fikiran dengan jiwa je nanti.

Malahan nia pasti di tadika sendiri pun, para guru sering menegur murid – murid agar jangan bergaul terlalu rapat antara lelaki dan perempuan, tidak boleh memegang kemaluan sendiri ataupun orang lain, tidak boleh melihat kemaluan orang lain, tidak boleh peluk cium sesama sendiri tanpa pantauan guru.

Nia pasti cikgu – cikgu di tadika ada ajar tentang perkara – perkara ini semua. Ini sahaja sudah memadai bagi nia. Pelajaran adab dan sahsiah ini sudah cukup lengkap untuk pelajar – pelajar tadika. Tak payahlah diperkenalkan subjek pendidikan seks pula untuk mereka semua. Cukuplah kita ajar sekadar perkara asas sahaja supaya mereka semua faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Ini pandangan nia tentang perlaksaan subjek pendidikan seks di tadika. Pandangan kau orang pulak macam mana? Cuba kongsikan bersama.

Teacher Nia & Little Huffaz Annisa Qanitah

Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 0

VIRAL: Kisah Perkongsian Shahir - Bahagian Satu

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru kisah tunang seorang pemuda bernama Shahir yang terkena buatan orang menjadi tular dekat aplikasi Twitter dan Facebook. Nia jadi tertarik nak baca kisah tunang Shahir terkena buatan orang tu sebab arwah tunang dia dibuat menggunakan gambar – gambar yang ada di akaun media sosialnya.

Sekiranya kau orang tak pernah baca kisah tersebut, di bawah ni nia ada sertakan screenshot thread kisah tunang Shahir dibuat orang menggunakan gambar daripada media sosial.








Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan tauladan. Semoga kisah ini dapat menjadi ikhtibar buat kita semua. Amin.

Takziah kepada shahir dan juga seluruh kaum keluarga tunangnya. Al – fatihah buat arwah tunang Shahir. Semoga rohnya tenang di alam sana.


12:00:00 AM 0

INFO: Poslaju Menyusahkan Pelanggan?

Assalamualaikum semua :)

Nia pasti semua pembaca blog nia ni merupakan pengguna setia ataupun pernah menggunakan servis penghantaran ekspres PosLaju untuk menghantar barang ke suatu tempat. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan servis PosLaju merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian ataupun usahawan yang baru memulakan perniagaan masing – masing.

Kalau kau orang semua ada baca komen – komen yang ditinggalkan oleh para pelanggan Poslaju dekat Facebook, Instagram dengan Twitter dia orang, kau orang boleh nampak ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran ekspres mereka berbanding mereka yang berpuas hati.

Antara sebab yang diberikan oleh mereka semua ialah dia orang kena ambil sendiri barang yang tersebut dekat Pejabat PosLaju (PPL) berdekatan ataupun di Ezibox yang berhampiran dengan rumah masing – masing, parcel berjalan ke serata tempat ataupun berpindah daripada satu PPL ke PPL yang lain, parcel disimpan dekat satu – satu PPL terlalu lama, penghantar barang tidak menelefon penerima parcel apabila tiada orang keluar untuk mengambil barang dan sebagainya.

Persoalannya, betul ke PosLaju ni menyusahkan pelanggan – pelanggannya?


Macam pengalaman nia sendiri dalam menggunakan perkhidmatan PosLaju dalam tempoh lima tahun ni, hanya sekali sahaja PosLaju buat hal dengan tidak menghantar parcel ke rumah. Itupun sebab website dia orang dalam proses maintenance dan tak boleh nak update tracking number parcel. Jadi bila dia orang tak dapat nak update tracking number parcel, penghantaran barang tak boleh dilakukan. Itu apa yang pegawai poslaju cakaplah.

Pasal parcel berjalan merata – rata sampai tersesat ke PPL yang tidak berkaitan dengan kawasan perumahan nia tu dah banyak kali nia kena. Pernah sekali tu, parcel nia ada PPL Balakong. Sepatutnya parcel tu dihantar ke PPL Cheras tapi tak. Parcel tu berjalan daripada PPL Balakong pergi PPL Brickfields pergi Pusat Mel Nasional baru sampai ke PPL Cheras.

Haa, nampak tak betapa jauhnya parcel tu berjalan? Daripada Balakong pergi Brickfields pergi Shah Alam dan patah balik ke Cheras. Hailaah, nasib baik nia tak pernah beli makanan secara atas talian. Kalau tak, memang berkulatlah makanan tu jadinya sebab dibawa jalan merata – rata tempat. TSK TSK.


Parcel tersimpan lama dekat satu – satu PPL. Yang ni lagi – lagilah dah biasa nia kena dengan poslaju. Paling sekejap dia orang simpan parcel adalah satu hari. Paling lama tiga empat hari. Kalau masa tu cuti umum, boleh maafkan lagi. Tapi masa hari bekerja pun parcel terperap lama – lama jugak. Apa yang nak diproseskan pun nia tak tahu.

Lepas tu bila telefon perkhidmatan pelanggan, tak pernahnya nak berangkat. Talian dia orang tu manjang je sibuk. Kalau tak sibuk, pegawai perkhidmatan pelanggan dia orang takde dekat pejabat ataupun keluar rehat. Apa gunanya dia orang suruh pelanggan – pelanggan telefon perkhidmatan pelanggan kalau begini gayanya?


Sekiranya kau orang semua pernah mengalami pengalaman – pengalaman yang nia sebutkan tadi, kau orang semua boleh membuat aduan secara atas talian di laman sesawang pos Malaysia yang dikenali sebagai efeedback. Kau orang tulis aduan tu banyak – banyak, baru dia orang akan layan.

Nia pun dah pernah buat aduan kat EFeedback jugak tapi cerita tu nia akan kongsikan dalam entry yang lain sebab entry ni dah panjang sangat. Kang kau orang bosan pulak baca celoteh nia panjang – panjang.

Senyum je memanjang walaupun poslaju selalu buat nia sakit hati, HAHA


EFeedback: https://efeedback.pos.com.my
Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 0

GADGET: YES Huddle / YES Gateway Takde Sambungan Internet

Assalamualaikum semua :)

Siapa kat sini merupakan seorang pengguna internet jenama YES, sila komen ‘SAYA’.

Pernah tak kau orang mengalami masalah LED 4G dekat Huddle ataupun Zoom Gateway kau orang berkelip merah cepat – cepat? Jadi untuk entry kali ni, nia akan kongsikan satu jalan penyelesaian untuk kau orang semua bagi masalah LED 4G yang berkelip – kelip warna merah dengan pantas.

Ada satu hari tu abah update semua aplications dalam smartphone dan aplikasi YES4G adalah antara aplikasi yang perlu diupdate. Masalah timbul apabila lepas update tu, abah tak boleh nak buka My Account YES untuk tengok berapa lagi kuota internet yang tinggal dan jumlah bayaran yang masih tertunggak. Menambahkan lagi masalah apabila abah tak ingat password untuk My Account YES tu.

Jadi nia sarankan supaya abah buat password yang baru supaya sama dengan password WIFI, senang sikit nak ingat. Lepas dah tukar password tu, barulah abah boleh masuk ke dalam My Account YES untuk tengok bil bulanan dan juga kuota internet yang masih lagi berbaki.

TAPI !!!

Keesokan harinya, abah cakap internet tak boleh nak guna. Langsung tak boleh nak connect dengan WIFI. Abah dah pening kepala dah masa tu sebab tak tahu punca kenapa internet tiba – tiba tak boleh nak guna sebab sebelum tu elok je. Masa nak tutup WIFI, abah perasan lampu kat LED 4G tu berkelip warna merah dengan pantas. Biasanya takde berkelip cepat macam tu kalau takde internet sekalipun.

Bila dah tahu masalah, nia pun cari jalan penyelesaian kat dalam perut Google. HAHA Siapa lagi nia nak tanya kalau buka Google, ye dak? LED 4G berkelip merah cepat – cepat ni ada dua masalah.

Satunya, kau orang dah tukar password baru tapi tak update kat website Huddle XS. Masalah pertama ni nia akan kongsikan jalan penyelesaiannya dekat kau orang kejap lagi.

Dua, kau orang salah masuk password kat My Account YES. Peluang hanya sekali. Kalau kau orang masukkan password yang salah, terus dia blocked akaun YES kau orang. Masalah kedua ni minta maaf minta ampun banyak – banyak. Itu hanya boleh diselesaikan oleh seller YES sahaja. Sebab untuk masalah kedua ni, kau orang perlu reset Huddle ataupun Gateway dan masukkan semula ID serta password yang lama.

Okey, ini jalan penyelesaian untuk masalah pertama iaitu kau orang dah tukar password My Account YES tapi tak update dekat website Huddle XS.

Pertama sekali, buka WIFI dan sambungkan dekat smartphone ataupun laptop kau orang. Guna modem yang kau orang dah tukar password tu ye, jangan sambungkan ke WIFI orang lain. Kalau tak, tak menjadi nanti.


Contoh, macam abah nia. Abah pakai Zoom Gateway manakala nia pulak pakai YES Huddle. Tapi untuk update password baru kat website Huddle XS kena pakai Zoom Gateway abah, tak boleh pakai YES Huddle nia sebab setiap modem YES mempunyai password Huddle XS yang berbeza.

Tapi internet kan tak boleh guna, nia?

Jangan risau. Untuk masuk ke dalam website Huddle XS tu walaupun internet tak boleh guna, masih boleh login lagi. Oh ye, website Huddle XS tu 192.168.1.1

Kedua, masukkan password Huddle XS masing – masing. Kalau ini merupakan kali pertama kau orang masuk ke dalam website ni, taip je ‘admin’. Bila dah masuk dalam website tu nanti, baru dia akan suruh tukar password tu kepada yang baru. Saranan nia, gunakan password yang sama dengan password WIFI kau orang. Senang nak ingat.


Dulu dah pernah masuk website ni tapi tak ingat password. Macam mana nia?

Yang ni nia tak boleh nak tolong. Kau orang kena pergi jumpa mana – mana seller YES untuk minta pertolongan dia orang. Jangan risau, dia orang takkan charge kau orang apa – apa.

Ketiga, tekan BASIC SETUP.


Keempat, cari STEP 1: SETUP YOUR YES ID AND PASSWORD. Pergi ke bahagian PASSWORD dan masukkan password My Account YES kau orang yang baru. Jangan silap masuk ye. Kemudian pergi ke PASSWORD CONFIRMATION dan masukkan password baru kau orang tu lagi sekali.


Again! Jangan silap masukkan password.

Kelima, tekan REVIEW AND SAVE. Lepas tu, tekan LOGOUT.

Keenam, tunggu selama lima hingga sepuluh minit untuk YES Huddle ataupun Zoom Gateway kau orang untuk reboot.

Bila dah reboot, tengok samada lampu LED 4G masih berkelip merah laju – laju lagi ataupun tidak. Kalau tak, masalah kau orang dah selesai. Internet sudah boleh digunakan kembali, hooray!

Kalau masih lagi berkelip laju, nia minta maaf sangat – sangat tapi kau orang mesti berjumpa dengan seller YES dan ceritakan masalah kau orang dengan mereka. Insya Allah, mereka boleh tolong selesaikan masalah kau orang semua.

Psst, kalau entry ni membantu kau orang semua nia mohon untuk kau orang share entry ni supaya dapat dipanjangkan kepada mereka – mereka yang masih tercari – cari lagi jalan penyelesaian untuk masalah lampu LED 4G berkelip merah dengan laju.

Thank you guys! Happy blogging.



12:00:00 AM 0

DRAMA: Empress Ki

Assalamualaikum semua :)

Nia baru je selesai marathon drama ‘Empress Ki’. Fuhhh, seminggu lebih baru nia dapat habiskan drama yang mempunyai sebanyak 51 episod ini. Dalam pada sibuk dengan persiapan kemasukan  pelajar – pelajar baru dan menghiaskan kelas, sempat juga nia ambil masa untuk menonton drama korea yang bergenre sejarah ini.

*******


Ki Sung Nyang / Ki Nyang merupakan seorang gadis dari Koryo yang dipaksa menjadi hamba kepada para bangsawan dari negara Yuan. Semasa berada di Yuan, dia telah berjumpa semula dengan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Tetapi Ki Nyang tidak boleh memberitahu ayahnya identiti dirinya yang sebenar kerana dia menyamar sebagai seorang lelaki selama ini untuk meneruskan kehidupan.

Satu hari, ayahnya terbunuh depan mata Ki Nyang sendiri dan Ki Nyang bertekad untuk membalas dendam dengan membunuh maharaja Yuan kerana telah mengakibatkan kematian ayahnya. Ki Nyang masuk ke dalam istana sebagai pelayan istana dan mula mengatur rancangan untuk membunuh maharaja tersebut.

Dalam masa yang sama, Ki Nyang telah mula jatuh hati kepada maharaja Yuan yang sedari dulu asyik meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Ki Nyang secara terang – terangan. Ki Nyang berbelah bahagi samada mahu bersama dengan maharaja Yuan tersebut ataupun meneruskan cita – citanya.

*******


Drama ni merupakan antara drama kegemaran nia sepanjang masa. Dok ulang tengok tujuh puluh sembilan kali pun masih rasa sedih dengan kehilangan anak Ki Nyang, geram dengan Tanasiri yang suka cemburu buta, rasa nak gigit maharaja Yuan yang takut tak bertempat, macam nak tampar muka Wang Yu sebab suka kacau hubungan Ki Nyang dengan maharaja Yuan.

Untuk sesiapa yang nak tengok drama korea bergenre sejarah, nia cadangkan kau orang tengok drama ni. Walaupun episod drama ni banyak dan durasinya panjang tetapi jalan ceritanya tersusun dan sangat menarik hati penonton. Segala – galanya cukup dalam drama ni. Romantik tak ingat dunia ada, geram sampai naik darah tinggi ada, saspens sehingga jantung berdegup laju ada, sedih meleleh hingus pun ada. Pendek kata, segalanya ada dalam drama ni.

Jumlah episod: 51

Rating: 5 / 5
12:00:00 AM 0

RESEPI: Daging Masak Kicap Istimewa

Assalamualaikum semua :)

Dah lama nia tak kongsikan resepi masakan ringkas serba mudah cara nia emkay dekat blog ni kan? Bukan apa sekarang ni nia sibuk menonton drama korea sampai bengkak – bengkak mata jadi dapur pun tak berasap. HAHA

Macam tu punya alasan pun ada, yee nia. Dah malas tu mengaku jelah malas. KEKE

Kali ni, nia akan kongsikan resepi Daging Masak Kicap Istimewa dengan kau orang semua. Apa yang istimewa sangat tu? Haaa kalau kau orang nak tahu, sila baca resepi ni sampai habis. Barulah kau orang boleh tahu keistimewaan daging masak kicap gaya nia emkay ni.

Bahan – bahan:
3 Ulas Bawang Putih (dihiris halus)
3 Tangkai Cili Merah (dihiris)
7 Sudu Besar Kicap Manis
3 Sudu Besar Cuka
3 Sudu Kecil Pati Lemon
3 Sudu Besar Sambal Kicap
1 Cawan Daging (Dipotong kecil)
2 Cawan Air
Garam secukup rasa



Cara memasak:
Tumis bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
Masukkan pula daging dan tunggu selama tiga minit.
Masukkan kicap manis, cuka, pati lemon, sambal kicap, garam dan juga air. Kacau biar semua bahan jadi sebati.
Tutup periuk dan tunggu sehingga kuah mendidih.
Apabila kuah mendidih, tutup api dan boleh dihidangkan bersama dengan nasi panas dan juga sayur goreng.


Psst: nampak tak bahan istimewa apa yang nia letak dalam resepi kali ni? HEHE
Selamat mencuba dan semoga berjaya kau orang!
12:00:00 AM 0

BLOG: Nak Tulis Apa Dalam Blog?

Assalamualaikum semua :)

Ada tak di antara kau orang semua ni yang mempunyai masalah menulis entry dalam blog masing – masing? Sebelum menghadap komputer, bukan main lagi idea keluar mencurah – curah bagaikan coklat di ladang gandum yang enak dan lazat (Eh! Tiba – tiba masuk iklan koko krunch dah kenapa?) Tapi bila dah duduk berteleku depan komputer, sepatah haram pun tak ditaip sebab tak tahu nak olah cerita macam mana.

Pernah jadi tak?

Pernah kena tak?

Sejujurnya masa di awal – awal pembabitan nia dalam dunia blogging ni, nia selalu kena situasi macam ni. Masa tengah dengar cikgu bagi penerangan kat depan kelas, bukan main lagi idea keluar. Tak menyempat – nyempat nak tunggu cikgu habis bercakap, masa tu jugalah dia berlari keluar berlegar – legar dalam fikiran. Tapi bila dah sampai rumah, komputer dah buka, dah duduk elok – elok atas kerusi, sebiji huruf pun tak ditaipnya sebab tak tahu nak olah macam mana dan takde idea nak tulis apa.

Jadi kali ini, nia akan kongsikan beberapa idea tentang perkara yang boleh kau orang tulis dalam blog masing – masing. Sekiranya bermanfaat, sila tekan butang share untuk kongsikan benda ni dengan orang lain yang turut mempunyai masalah kekeringan idea untuk menulis dalam blog.

1 – Pengalaman Sendiri


Ceritakan pengalaman kau orang sendiri kepada pembaca – pembaca di luar sana. Ceritalah pasal kau orang pertama kali berniaga ke, pasal kau orang belajar di univerisiti ataupun kolej ke, kau orang berkahwin ke, kau orang bertunang ke,  kau orang bercinta ke, kau orang putus cinta ke, cerita tentang majlis konvokesyen kau orang ke, cerita pasal kau orang temuduga jawatan kosong ke, cerita pasal kerja kau orang ke.

Cerita je dekat dia orang semua. Kalau kau orang tulis cerita yang berkaitan dengan diri kau orang dan juga pengalaman yang kau orang pernah rasai, proses olahan cerita tu jadi lebih mudah dan tidak memeningkan. Sebab kau orang dah merasai sendiri benda tu semua.

2 – Online Shopping


Haaa, yang ni kaum hawa paling minat. Betul tak betul tak? Nia dah boleh nampak dah ada yang tengah tersenyum sengih dekat depan komputer macam kerang busuk tak cukup masak tu. HAHA

Dapat – dapat pulak kalau kau orang kongsikan kedai atas talian yang menjual tudung/shawl murah, baju muslimah, baju berfesyen, beg tangan, penjagaan muka dan rambut dan macam – macam lagilah.

Setiap kali kau orang ada beli barang secara atas talian, kongsikan sekali barang yang kau orang beli dekat dalam blog kau orang supaya orang lain tahu nak beli kat mana dan kalau boleh kongsikan sekali harga yang ditawarkan oleh kedai atas talian tu untuk mereka buat perbandingan harga.

3 – Tempat Percutian Yang Kau Orang Lawati


Benda ni ramai blogger famous buat. Antaranya ialah Cik Epal, Neena Anuar, Nisa Kay, Namee Roslan dan Careen Tan. Ramai lagi blogger lain yang tulis pasal tempat – tempat percutian yang mereka lawati tetapi nama – nama dekat atas ni memang nia follow blog dia orang dan sentiasa mengikuti perkembangan blog masing – masing.

Kongsikan gambar tempat percutian tersebut, jumlah perbelanjaan yang kau orang keluarkan dan juga aktiviti – aktiviti yang kau orang lakukan kat sana. Selain tu, kongsikan juga tips – tips dan maklumat yang kau orang rasa orang lain patut tahu selama kau orang berada di sana.

 4 – Makanan & Minuman


Yang ni memang kegemaran nia. Nia pantang gila tengok orang tulis entry pasal makanan dan minuman, mesti nia nak singgah dan jamu mata dengan gambar – gambar yang membuatkan air liur nia meleleh sebab tengok lama sangat. HAHA.

Bila kau orang pergi makan kat mana – mana restoran, ambillah gambar makanan dalam dua puluh tujuh gambar dan tepekkan kat dalam blog. Tulis sekali komen kau orang tentang makanan yang kau orang pesan dan harga yang ditawarkan oleh pihak restoran. Oh! Jangan lupa letak sekali alamat dan nombor telefon restoran berkenaan.


Haaa, itulah antara idea – idea menulis entry blog yang boleh nia kongsikan bersama dengan kau orang semua. Semoga membantu kau orang semua yang tengah ketandusan idea untuk menulis saat ini.

Sumber gambar: google.com