12:00:00 AM 0

GOSIP: Chun Sung Moon

Assalamualaikum semua :)

Siapa kat sini kenal dengan nama Chun Sung Moon?


Sekiranya kau orang semua merupakan peminat Song Ji Hyo pasti kau orang semua kenal dengan nama Chun Sung Moon ni. Chun Sung Moon merupakan adik lelaki kepada pelakon berbakat besar iaitu Song Ji Hyo ataupun nama sebenarnya Chun Soo Yeon.


Baru – baru ni, Chun Sung Moon telah membuat kemunculannya yang pertama sebagai seorang pelakon secara rasmi dalam drama ‘29 Gram’. Nia belum tengok lagi drama tu tapi ramai yang bagi review cakap drama tu sedap. Kalau nia dah tengok drama tu nanti, nia akan kongsikan review dia kat sini yee.

Untuk pengetahuan kau orang, Chun Sung Moon jugak pernah datang ke rancangan Running Man sebanyak dua kali. Kali pertama tu dia datang ke Running Man sebab nak hantarkan meja kat Ji Hyo. Kali kedua tu dia datang sebagai tetamu dalam rancangan Running Man untuk episod ‘Real Family Outing’.


Keserasian yang ditunjukkan antara Chun Sung Moon dengan Song Ji Hyo masa episod tu membuktikan bahawa dia orang berdua rapat dan mesra antara satu sama lain. Macam Ji Hyo, Chun Sung Moon turut mempunyai wajah yang tampan dan personaliti yang menarik.

Peminat Chun Sung Moon, tinggalkan jejak kat bahagian komen please. HEHE

Sumber gambar: google.com.
12:00:00 AM 0

IKLAN: This is Living Lakonan Song Ji Hyo & Kim Woo Bin

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada terjumpa iklan lakonan Song Ji Hyo dan Kim Woo Bin dekat youtube. Nia tengah cari berita terbaru Song Ji Hyo sebenarnya hari tu tapi masa tengah cari – cari tu tiba – tiba keyword Song Ji Hyo Kim Woo Bin muncul dekat bahagian search engine. Setahu nia, dia orang berdua ni tak pernah bergandingan dalam mana – mana drama mahupun filem. Jadi kenapa keyword Song Ji Hyo Kim Woo Bin ni boleh muncul?

Disebabkan perasaan nak tahu nia tu sangat membuak – buak, terus nia taip Song Ji Hyo Kim Woo Bin kat google dan terjumpa satu video filem pendek dalam youtube yang dilakonkan oleh mereka berdua.


Filem pendek tu mengisahkan kisah Song Ji Hyo dan Kim Woo Bin yang duduk bersama di Thailand. Tapi dekat rumah dia orang ada satu lagi bilik kosong, jadi Ji Hyo cadangkan kat Woo Bin untuk cari orang yang nak menyewa bilik tu. Seorang wanita datang untuk menyewa bilik tersebut dan seterusnya duduk serumah dengan mereka berdua.

Masalah timbul apabila Ji Hyo nampak perubahan layanan antara dia dan juga penyewa baru tu yang Woo Bin berikan. Woo Bin layan Ji Hyo dingin dan ala kadar tapi Woo Bin layan penyewa baru tu mesra dan rapat.

Kesudahan cerita?

Sila tengok filem pendek tu sendiri kalau nak tahu kesudahan ceritanya. HAHA Mana aci semua benda nia ceritakan kat sini. Hilanglah elemen suspens tu nanti.


Sumber gambar: google.com
Sumber video: youtube.com
12:00:00 AM 2

BLOG: Design Watermark Berlayer

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan tutorial macam mana nak buat watermark yang tidak berlayer. Kalau kau orang terlepas entry tutorial tu, jangan risau. Nia akan letakan link entry tersebut kat bawah.


Kali ni, nia akan kongsikan pulak tutorial macam mana nak buat watermark yang berlayer dengan kau orang semua. Ouh ya, nia buat watermark ni guna aplikasi PicsArt.

Pertama, tekan draw something.


Kedua, tekan start drawing.


Ketiga, pilih saiz kanvas dan juga warna latar belakang.


Bila kau orang tekan gambar segi empat sama bertingkat tu, kau orang akan nampak ada dua lapisan kat situ. Satu lapisan transparent, satu lapisan kanvas putih.


Keempat, tekan gambar huruf T.


Tulis apa yang kau orang nak dekat watermark. Pilih jenis font yang kau orang suka. Kemudian, tentukan saiz font berserta warna yang kau orang nak pakai. Dah selesai semua tu, tekan tanda tick kat atas tu.

Kelima, tekan gambar segi empat sama bertingkat.


Keenam, tekan gambar segi empat sama yang ada tanda tambah.


Ketujuh, pilih lapisan yang kau orang nak. Nia punya nia pilih empty layer. Lepas pilih tu, kau orang akan perasan kat bahagian lapisan tu dah bertambah menjadi tiga.


Kelapan, pilih T lagi.


Tulis apa yang kau orang nak dekat watermark. Pilih jenis font yang kau orang suka. Kemudian, tentukan saiz font berserta warna yang kau orang nak pakai. Dah selesai semua tu, tekan tanda tick kat atas tu.

Kesembilan, tekan gambar empat segi sama dengan bulat tu kalau kau orang ada nak tambah corak ke apa. Kalau takde, boleh abaikan langkah ni dan tekan gambar segi empat sama bertingkat tu.


Kesepuluh, tentukan opacity yang kau orang nak. Samada nak bagi nampak penuh ataupun kabur.

Kesebelas, pilih kanvas putih dan tekan gambar tong sampah. Ini kalau kau orang nak watermark kau orang jadi transparent. Kalau kau orang tak nak, abaikan je langkah ni.


Kedua belas, tekan gambar titik tiga bertindih.


Ketiga belas, pilih Save Image.


Dan, selesai!


Harap – harap tutorial kali ni boleh membantu kau orang terutamanya para blogger baru yang tak tahu macam mana nak buat watermark. Ataupun mereka – mereka yang buat watermark dengan cara yang senang dan mudah.
12:00:00 AM 2

DARI HATI: Selamat Hari Lahir, Abah

Assalamualaikum semua :)


This one is for you, abah.


Masa kecil dulu selalu berangan nak dapat seorang ayah yang ada kereta mewah, rumah megah, kerja gah dan gaji melimpah. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, baru sedar bahawa aturan dan perancangan yang Allah SWT dah dititipkan tu adalah sangat kemas dan cantik.

Sangat - sangat cantik dan sangat - sangat kemas.

Ayah yang ada kereta mewah belum tentu boleh bawa anak - anak pergi jalan - jalan setiap kali musim cuti sekolah tiba.

Ayang yang ada rumah megah belum tentu akan sentiasa berada di rumah untuk makan bersama dengan keluarga.

Ayah yang ada kerja gah belum tentu boleh menjamin kebahagiaan hidup anak - anaknya.

Ayah yang ada gaji melimpah belum tentu boleh membelikan pelbagai barangan untuk memuaskan kehendak anak - anak.

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat abah.

Walaupun abah takde kereta mewah tapi anak - anak dapat merasa pergi ke sana sini masa cuti sekolah. Cakap je nak pergi mana, selagi mana abah mampu bawa mesti kita orang akan sampai ke destinasi.

Walaupun takde rumah megah tapi abah sentiasa ada dekat rumah untuk makan sama - sama dengan anak - anak. Balik kerja penat - penat, terus cerita macam - macam benda kat abah.

Walaupun abah takde kerja gah tapi abah selalu ambil berat pasal kita orang adik beradik. Tanya pasal kerja, pasal belajar.

Walaupun abah takde gaji melimpah tapi abah sentiasa cuba untuk memuaskan kehendak kami tiga beradik.

Benda - benda kecil macam nilah yang selalu membuatkan rasa syukur tu terbit dalam jiwa.

Selamat hari lahir, Abah.

Terima kasih sebab dah besarkan dan jaga kita orang selama ni. Harapnya, kita akan tetap menjadi keluarga di syurga nanti.

Amin.

12:00:00 AM 1

DRAMA: Behind Your Smile

Assalamualaikum semua :)

Ada tak diantara kau orang semua yang ternanti – nantikan review drama Taiwan daripada nia? Kalau ada, penantian kau orang semua akan berakhir pada hari ni. Kali ni, nia akan kongsikan review drama Taiwan yang bertajuk ‘Behind Your Smile’.


*******

Zhao Yi Ting menyimpan perasaan dendam yang teramat sangat terhadap Lin Man kerana wanita itu merupakan punca keluarganya menjadi berpecah – belah dan juga penyebab kematian ayahnya. Zhao Yi Ting meninggalkan ladang lembu milik keluarganya untuk menuntut ilmu dan membuatkan dirinya berjaya.

Beberapa tahun kemudian, Zhao Yi Ting yang telahpun menjadi seorang usahawan berjaya dan terkenal bertemu dengan Lei Xin Yu iaitu satu – satunya anak perempuan Lin Man. Mulanya, Zhao Yi Ting mendekati Lei Xin Yu kerana dia mahu mempergunakan gadis itu untuk membalas dendam terhadap Lin Man. Tetapi setelah meluangkan masa bersama Lei Xin Yu, perasaannya mula beralih arah.

*******


Nia suka drama ni disebabkan watak Zhao Yi Ting. Walaupun dia memang dah terang – terang sukakan Lei Xin Yu tetapi dia masih tak nak mengakui perasaan dia. But then again, it was reasonable for him only not to admit it. Lei Xin Yu tu anak kepada perempuan yang membuatkan ayah dia terbunuh tapi dia boleh sukakan Lei Xin Yu? Herrr, haru.

Zhao Yi Ting ni selalu berperang dengan emosi dia sendiri tau kalau kau orang nak tahu. Disebabkan rasa dendam, dia selalu buat benda yang teruk – teruk dekat Lei Xin Yu. Tuduh Lei Xin Yu curi cincin tunang dialah, suruh Lei Xin Yu jadi pekerja kat ladang lembu keluarga dialah, suruh Lei Xin Yu jadi pembantu dialah, macam – macamlah dia buat kat Lei Xin Yu tu.

Tapi lepas dah buat semua benda jahat tu, dia jatuh kesian pulak kat Lei Xin Yu. Lepas tu dia tolong Lei Xin Yu, bagi semangat apa semua dekat perempuan. Semata – mata sebab dia dah mula sukakan Lei Xin Yu.

Tsundere betul mamat Zhao Yi Ting ni! HAHA


Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com